18 Oktober 2024, Setiu – Hari ini, di bawah program YSEALI, kami berkunjung ke Wetland School of Setiu untuk mengadakan perbincangan bersama EcoSWED mengenai pelaksanaan program literasi digital bagi komuniti ekopelancongan di Setiu Wetland.
Lawatan ini turut memberi peluang untuk meninjau kawasan dan memahami tahap literasi digital komuniti, sebagai asas kepada perancangan program yang lebih berkesan dan inklusif.
Terima kasih diucapkan kepada En. Muhammad Allim Jamalludin, pengasas EcoSWED, serta pasukannya atas sambutan mesra dan kesudian meluangkan masa bersama kami.
Sekian.
Hadi
Bina Keyakinan Digital
Impuls Inovatif
#BinaKeyakinanDigital #EcoSWED #YSEALI #SeCMU