fbpx

15 November 2024, Setiu – Satu kelas literasi digital bertajuk "Pengurusan Fotografi dan Videografi" telah diadakan di Wetland School of Setiu, melibatkan penyertaan komuniti ekopelancongan di sekitar Setiu Wetland. Program ini dianjurkan di bawah inisiatif YSEALI dengan matlamat memperkasa komuniti dalam mengurus dan memanfaatkan teknologi digital untuk pelancongan lestari.

Bengkel ini memberi panduan praktikal mengenai cara menghasilkan gambar dan video berkualiti tinggi. Selain itu, peserta turut diajar teknik pengurusan rekod digital, memastikan rakaman disimpan dengan selamat dan boleh diakses dengan mudah untuk kegunaan masa depan.

Bagi memastikan pembelajaran benar-benar diterapkan, peserta diberi peluang menjalankan aktiviti praktikal sepanjang bengkel. Pendekatan ini membantu mereka memahami teknik yang diajarkan secara langsung, dari aspek mengambil rakaman terbaik hingga menyusun koleksi media digital dengan lebih sistematik.

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menyelesaikan bengkel ini. Harapan besar diletakkan agar ilmu yang dipelajari dapat membantu memperkukuh usaha promosi Setiu Wetland sebagai destinasi ekopelancongan yang unik.

Jenis Artikel
×
Jenis Artikel