Membangunkan Modal Insan Digital yang Kompeten, Inovatif dan Berimpak
Bina Keyakinan Digital ialah program pembangunan kapasiti digital yang direka secara sistematik untuk memperkasa belia dan komuniti agar mampu berfungsi secara produktif, berdaya saing dan beretika dalam ekonomi digital.
Program ini dimiliki dan dikendalikan oleh:

Impuls Inovatif Enterprise (CT0127625-U)
Laman web rasmi: https://impulsinovatif.com
Impuls Inovatif Enterprise merupakan organisasi yang memfokuskan kepada pembangunan pendidikan digital, inovasi teknologi dan pembinaan kapasiti komuniti melalui pendekatan berstruktur dan berimpak.
Kerangka Strategik & Penjajaran Global
Pendekatan berasaskan asas metodologi kukuh sejajar dengan piawaian antarabangsa dan konteks tempatan.
Theory of Change
Input
Latihan berstruktur, modul kompetensi, PBL, dan kepimpinan digital.
Output
Peningkatan literasi digital, kemahiran teknikal dan kompetensi.
Outcome
Peserta beralih daripada pengguna pasif kepada pencipta solusi.
Impact
Kebolehpasaran, inovasi komuniti, dan daya tahan ekonomi digital.
Membangunkan asas penggunaan teknologi secara profesional dan bertanggungjawab.
Membangunkan kemahiran teknikal melalui hands-on dan pembelajaran berasaskan projek.
Membangunkan keupayaan memimpin projek digital dan mencipta impak komuniti.
Pasukan Kami

En. Hadi merupakan seorang konsultan pendidikan digital yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan alaf baharu sejak tahun 2016. Beliau telah menjalankan pelbagai program dan sesi latihan bersama dengan warga pendidikan dan komuniti yang terdiri daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Selain itu, beliau mempunyai pengalaman yang banyak dalam menerapkan kaedah-kaedah pembelajaran terkini yang selari dengan kehendak pendidikan semasa.
Latar Belakang Pendidikan
Graduan dari Universiti Teknologi PETRONAS, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum.

En. Halim merupakan seorang jurutera perisian (Software Engineer) dalam bidang pembangunan sistem data dan komunikasi kawalan yang mempunyai pengalaman lebih 4 tahun dalam pelbagai projek pembangunan sistem dan perisian terutama dalam bidang Industri Minyak dan Gas. Kepakaran beliau adalah dalam pembangunan sistem front-end web development.
Latar Belakang Pendidikan
Seorang graduan dari Universiti Kuala Lumpur MIIT (Unikl MIIT), Bachelor of Information Technology in Sofware Engineering