fbpx

12 Oktober 2024, Kuala Terengganu - Alhamdulillah, selesai program Kelas Asas Robotik Peringkat JPKK Masjid Tok Ku yang telah dianjurkan pada hari ini. Program ini dianjurkan dengan objektif meningkatkan kesedaran tentang pengetahuan dan kemahiran digital dalam kalangan kanak-kanak dan remaja melalui aktiviti hands-on iaitu coding dan robotik menggunakan Kit Robotik Zoom:bit.

Dalam program ini, para peserta telah berpeluang untuk mencuba sendiri bagaimana mengaturcara memberi arahan kepada sebuah robot untuk bergerak. Dalam berkumpulan, mereka saling bekerjasama untuk menguji pengaturcaraan disamping bimbingan yang diberikan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta, ibu bapa dan pihak yang terlibat dalam menganjurkan program ini. Kami berharap agar para peserta telah mendapat manfaat dan peluang pembelajaran yang menyeronokkan sepanjang program berlangsung.

#BinaKeyakinanDigital #robotik #kelasrobotik #pendidikanteknologi #digitalcoding #coding