
Program Cuti Sekolah Cybercamp Feb Mac 2024
Sertai Program Cuti Sekolah Cybercamp Kanak-Kanak Sempena Cuti Sekolah Feb-Mar 2024 ini!
Hai, ibu bapa! Adakah anak anda telahpun bersedia untuk menceburi bidang digital?
Apa: Cybercamp adalah program yang tepat untuk anak anda meneroka teknologi sambil belajar kemahiran digital yang penting untuk masa depan mereka.
Siapa: Cybercamp sesuai untuk kanak-kanak dan remaja berusia 10 - 15 tahun yang ingin mendalami dunia teknologi. Remaja yang baru pertama kali menyertai program seumpama ini sangatlah digalakkan - yang penting peserta mempunyai semangat dan kreativiti!
Bila: Cybercamp akan berlangsung bermula 10 Februari 2024 - 9 Mac 2024. Sepanjang tarikh tersebut, peserta boleh memilih untuk menyertai modul yang diminati berdasarkan tarikh yang tertentu.
Di Mana: Untuk modul online, ianya akan dijalankan melalui Zoom Meeting. Manakala untuk modul fizikal, ianya akan dijalankan di Dataran Austin, Kuala Nerus, Terengganu.
Aktiviti Termasuk:
- Coding (Pengaturcaraan): Belajar pengaturcaraan dengan cara yang menyeronokkan melalui aktiviti yang unik menggunakan programming language yang terkenal iaitu Python, Google Script.
- Bengkel Robotik: Membina dan mengaturcara kit robotik Zoom:bit dan Micro:bit untuk menyelesaikan pelbagai tugas menarik.
- Kesenian Digital: Mengekspresikan kreativiti melalui projek seni digital yang menarik seperti membina laman web menggunakan Canva iaitu perisian grafik dalam talian yang mudah digunakan dan juga Google Site.
- Cipta Animasi dan Game: Membina animasi & game ciptaan sendiri menggunakan Scratch Programming iaitu platform pengaturcaraan yang popular dalam kalangan kanak-kanak.
- E-Sukan: Menyertai pertandingan e-sukan melalui platform video game Roblox (Mod: Bedwars) yang menyeronokkan dan peserta boleh menunjukkan bakat dan semangat kecekalan semasa pertandingan.
Jadual Aktiviti
Nama program | Tarikh Pilihan (pilih 1 tarikh) | Masa | Lokasi | Persediaan peserta | Yuran |
Kelas Robotik |
|
9:00 am - 3:00 pm | Fizikal - Dataran Austin, Kuala Nerus, Terengganu |
|
RM 165.00.00/pax (5% discount untuk 2 peserta ke atas) |
Kelas Python |
|
10:00 AM - 12:00 PM | Online - Zoom Meeting |
|
RM 40.00 /pax |
Kelas Canva |
|
3:00 PM - 5:00 PM | Online - Zoom Meeting |
|
RM 40.00 /pax |
Kelas Google Apps Script |
|
10:00 AM - 12:00 PM | Online - Zoom Meeting |
|
RM 40.00 /pax |
Kelas Google Site |
|
3:00 PM - 5:00 PM | Online - Zoom Meeting |
|
RM 40.00 /pax |
Kelas Micro:bit |
|
2:00 PM - 5:00 PM | Fizikal - Dataran Austin, Kuala Nerus, Terengganu |
|
RM 78.00/pax |
|
3:00 PM - 5:00 PM | Online - Zoom Meeting |
|
RM 40.00/pax | |
Kelas Scratch |
|
9:00 AM - 12:00 PM | Fizikal - Dataran Austin, Kuala Nerus, Terengganu |
|
RM 78.00/pax |
|
10:00 AM - 12:00 PM | Online - Zoom Meeting |
|
RM 40.00/pax |
SCHOOL HOLIDAY SPECIAL: E-Sport Series
Istimewa untuk anak-anak yang kompetitif dan sukakan cabaran, kami bawakan kepada anda sebuah program yang mencabar kecekalan dan semangat kesukanan anak-anak melalui platform video game kegemaran mereka iaitu Roblox!
Tarikh: 2 Mac 2024 (Sabtu)
Masa: 3:00 PM - 5:00 PM
Platform: Zoom Meeting + Roblox
Yuran: RM 30/pax sahaja
Ringkasan Permainan:
- Pemain akan diletakkan dalam satu gelanggang bersama sekumpulan pemain yang lain.
- Pemain perlu melaksanakan misi yang telah diberikan dalam gelanggang tersebut berdasarkan tempoh masa yang telah diberikan.
- Pemain dengan markah tertinggi akan dikira sebagai pemenang.
- Beberapa pusingan akan dilaksanakan untuk mendapatkan pemain yang mempunyai markah paling tinggi.
Panduan lengkap permainan dan sesi percubaan akan diberikan kepada pemain sebelum permainan sebenar dilaksanakan.
...
...
...
Mengapa Anak Anda Patut Sertai Kami?
- Pembelajaran Aktif: Kami fokus pada pembelajaran praktikal yang dapat memperkukuhkan pengetahuan dan keyakinan anak anda dalam dunia digital.
- Kemahiran Untuk Masa Depan: Anak anda akan memperoleh pengetahuan & kemahiran yang amat berguna bagi masa depan mereka.
- Keselamatan dan Sokongan: Kami menyediakan persekitaran yang selamat dan penuh sokongan untuk anak anda.
- Semangat kerjasama, disiplin dan berilmu: Anak anda akan bertemu dengan kanak-kanak lain yang berkongsi minat serupa di samping menambahkan ilmu pengetahuan.
Previu program yang telah dijalankan:
@impulsinovatif Hi, guys..jom kita throwback program Bengkel Coding & Robotik di Dataran Austin,K.Terengganu baru-baru ini. #keyakinandigital #microbit #binakeyakinandigital #coding #robotik ♬ Pumpkins - Chris Alan Lee
@impulsinovatif Terima kasih kepada semua peserta yang telah mengikuti Bengkel Cipta Chatbot baru² ini. Biasa orang guna chatbot, skrg kita BUAT Chatbot. semoga bermanfaat kepada semua dan telah dpt #binakeyakinandigital . #inovasi #coding #googlescript ♬ its summer - Official Sound Studio
Bonus:
Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan dan digital time capsule yang mengandungi bahan-bahan tambahan untuk memperkukuhkan pembelajaran mereka di rumah.
Tempat Adalah Terhad!
Daftar Sekarang Juga Untuk Pastikan Tempat Anak Anda!
Jangan lepaskan peluang ini untuk memberi anak anda pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna di dunia digital!
WHATSAPP UNTUK PERTANYAAN LANJUT
Sedia untuk daftar? Daftar di borang berikut:
(Untuk urusan bayaran, pihak admin akan hubungi untuk proses selanjutnya. Untuk keselesaan pelanggan, kami menggunakan payment gateway Billplz - payment gateway popular di Malaysia. (FPX Preferred)