
Bengkel Coding Scratch & Demo Robotik JPKK Masjid Tok Ku
Program Pembangunan Kemahiran Digital
Perhatian kepada penduduk sekitar Cabang Tiga, Kuala Terengganu!
Impuls Inovatif dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Masjid Tok Ku Cabang Tiga, membawakan kepada anda sebuah program digital yang bertujuan untuk memperkukuhkan kesedaran dan kemahiran digital dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Tema program: Ilmu Pengetahuan dan Kemahiran Berkaitan Industri 4.0 - Pengaturcaraan (Coding) dan Robotik
Tarikh: 11 Mei 2024 (Sabtu)
Masa: 10:00 pagi - 11:30 pagi
Tempat: Balai Raya Masjid Tok Ku Tuan Besar, Cabang Tiga
Cadangan Umur Peserta: 10 tahun - 15 tahun (Darjah 4 - Tingkatan 3)
Yuran Pendaftaran PERCUMA! (Terhad kepada 25 peserta terawal sahaja!)
Jom rebut peluang keemasan ini! Daftarkan anak-anak anda sekarang dengan mengisi borang pendaftaran di bawah:
[MAKLUMAN 10 MEI 2024,11AM: BORANG PENDAFTARAN TELAHPUN DITUTUP]
SILA HUBUNGI 014-580 8599 UNTUK SEBARANG PERTANYAAN LANJUT.
TERIMA KASIH.