fbpx
Data Logging Fizik Menggunakan Microbit

Data Logging Fizik Menggunakan Microbit

Ringkasan Modul

Data logging atau Mengelog Data adalah satu kaedah dalam mengumpulkan data menggunakan peranti digital di mana data direkodkan, disimpan dan digunakan untuk tujuan analisa lanjut. Kaedah data logging popular digunakan dalam banyak bidang terutamanya dalam bidang kajian Sains untuk mengkaji corak perubahan fenomena Saintifik. Menggunakan Microbit, iaitu sebuah peranti mikropengawal mudahalih, peserta boleh menjadikannya sebagai pengelog data untuk merekodkan data seperti, kelajuan, suhu, bunyi dan magnetisma.

Butiran Program

+ Bengkel dijalankan di tempat peserta seperti kelas, makmal komputer, bilik tayangan, dewan, dan lain-lain lokasi yang bersesuaian.
+ Jumlah maksimum peserta adalah 20 orang.
+ Peralatan yang disediakan adalah laptop untuk peserta (berkumpulan).
+ Alat bantu mengajar seperti mini speaker, projektor dan lain-lain akan disediakan (sekiranya perlu).
+ Kit pembelajaran untuk modul tertentu akan disediakan. 
+ Tempoh program adalah selama 2-3 jam. 

 

Hubungi Kami untuk tempahan slot