Pada zaman kini, komputer telah menjadi salah satu "alat" yang hampir wajib digunakan setiap hari. Kita menggunakan komputer untuk membantu menyiapkan kerja-kerja harian dengan lebih cepat dan teratur. Kemahiran menggunakan komputer telahpun menjadi sesuatu yang sangat-sangat penting pada masa kini.
Jika kita lihat dari segi penggunaan komputer pula, kita akan dapat melihat bahawa sebenarnya terdapat banyak jenis komputer yang digunakan untuk tujuan-tujuan yang berlainan oleh golongan pengguna yang berlainan. Sebagai contoh, golongan pereka grafik mungkin memerlukan komputer yang mempunyai kemampuan memproses grafik yang tinggi, golongan perekabentuk professional seperti kejuruteraan pula, mungkin memerlukan komputer yang mempunyai kemampuan untuk memproses dan membuat simulasi data dengan kadar yang tinggi, dan golongan penuntut ilmu di universiti ataupun kolej mungkin memerlukan komputer yang fleksibel, mudah dibawa dan mempunyai kemampuan yang cukup untuk menggunakan perisian tertentu.
Ini bermaksud, setiap jenis komputer mempunyai rekabentuk, kemampuan dan juga spesifikasi teknikal yang berlainan. Pada umumnya, untuk penggunaan biasa (rumah,kerja pejabat dan sewaktu dengannya), sesebuah komputer biasanya mempunyai perisian asas yang digunakan secara rutin. Dalam artikel ini, mari kita lihat beberapa perisian yang asas yang patut diketahui oleh semua pengguna komputer.
Perisian yang akan disenaraikan ini juga boleh dikatakan sebagai kemahiran asas untuk semua pengguna digital pada masa kini. Mari kita lihat.
Perisian: Microsoft Word, Excel & Powerpoint
3 beradik Microsoft ini merupakan antara perisian yang paling banyak digunakan digunakan oleh semua pengguna komputer. Microsoft Word,Excel dan Powerpoint merupakan sebahagian daripada kumpulan perisian yang dihasilkan oleh syarikat Microsoft Corporation di Amerika Syarikat. Sebenarnya, apabila disebut persian daripada Microsoft, ada banyak lagi, seperti Pubsliher, Outlook, Sharepoint, Access, OneNote, PowerBI dan sebagainya lagi. Namun, 3 beradik ini (Word,Excel,Powerpoint) adalah perisian utama yang digunakan oleh semua orang.
Microsoft Word: digunakan untuk menghasilkan dokumen bertulis. Secara definisinya Microsoft Word adalah sebuah "Word Processor", yang digunakan untuk menghasilkan dokumen seperti surat, artikel, kontrak, buku, lampiran dokumentasi, borang dan sebagainya yang berasasnya "tulisan/word".
Microsoft Excel: digunakan untuk menghasilkan "lembaran data" atau "spreadsheet". Lembaran data ini digunakan untuk menyimpan rekod data, menyusunatur data, membuat pengiraan dan rumusan dan seterusnya menganalisa lembaran data tersebut. Kebiasaanya Microsoft Excel banyak digunakan untuk mengira jualan, rekod transaksi, rekod kehadiran, data pelanggan dan sebagainya yang berasaskan nombor atau rekod.
Microsoft PowerPoint: digunakan untuk menghasilkan pembentangan atau "presentation". Pembentangan yang dihasilkan menggunakan MS Powerpoint adalah berbentuk grafik dan boleh ditambah dengan pelbagai rupabentuk visual yang menarik untuk menambahkan lagi kualiti pembentangan. Bahkan pengguna yang mahir boleh menggunakan MS Powerpoint untuk menghasilkan pelbagai karya grafik yang menarik perhatian pendengar pembentangan.
Sedikit tambahan di sini, mungkin ada antara pembaca yang menggunakan produk-produk atau perisian selain daripada Microsoft seperti berikut:
Microsoft | Apple | |
Word | Docs | Pages |
Excel | Sheets | Numbers |
Powerpoint | Slides | Keynote |
Perisian: Web Browser / Pelayar Web
Perisian web browser atau pelayar web pula adalah perisian yang digunakan oleh pengguna untuk melayari internet bagi mendapatkan maklumat yang diingini. Terdapat banyak jenis pelayar web yang ada dipasaran. Antara yang popular adalah Microsoft Edge, Google Chrome dan Mozilla Firefox. Antara berbezaan yang boleh didapati dari setiap jenis pelayar web adalah ciri-ciri seperti customization, ciri keselamatan dan juga tahap kemesraan pengguna. Ada juga pelayar web yang dibina khusus untuk tujuan tertentu seperti tujuan privacy atau keselamatan pengguna seperti Brave.
Namun, apa sahaja pelayar web yang digunakan, fungsi asasnya adalah untuk membantu pengguna melayari web dengan lebih mudah dan pantas. Kemahiran untuk menggunakan pelayar web dan memahami maksud istilah seperti cache, cookies, history dan internet protocol (IP) dan URL address sangat-sangat membantu pengguna untuk melindungi diri daripada ancaman siber yang berleluasa di internet. Sekurang-kurangnya pengguna perlu tahu apakah ciri-ciri yang mengancam keselamatan siber.
Contoh ciri keselamatan komputer yang mengesan url address yang mencurigakan
Perisian: Microsoft Windows File Explorer
Mesti anda tertanya-tanya apakah agaknya perisian ini. Sebenaranya perisian ini adalah antara perisian asas yang digunakan "tanpa sedar" oleh pengguna komputer. Windows File Explorer adalah perisian yang membolehkan pengguna untuk melihat paparan fail-fail yang disimpan di komputer secara grafik (Graphical User Interface). Seterusnya, pengguna boleh mengakses fail-fail dan folder-folder tersebut dan menggunakan kemudahan seperti "copy", "move", "paste", "rename", 'delete" fail-fail tersebut dengan mudah. Windows File Explorer juga boleh disebut sebagai perisian sistem pengurusan fail komputer. Pengguna explorer yang lebih mahir boleh menggunakan komputer untuk menghubungkan cloud storage di dalam komputer, mengakses folder dan fail secara jarak jauh (remote) dan meningkatkan tahap keselamatan fail di dalam komputer.
Rumusan
Terdapat banyak perisian komputer yang boleh digunakan oleh pengguna. Digabungkan dengan kemampuan komputer dan perisian yang betul, pengguna boleh meningkatkan produktiviti dengan sangat banyak. Yang penting, bergantung kepada pengguna itu sendiri samada mahir atau tidak untuk memanfaatkan kemampuan komputer untuk memudahkan urusan berkaitan dengan digital. Untuk para pembaca yang mungkin ingin mendapatkan maklumat apakah agaknya kemahiran IT yang boleh anda terokai terlebih dahulu, bolehlah bermula dengan 3 jenis perisian yang telahpun disebutkan di atas.
Semoga para pembaca memperoleh manfaat.